i LOVE my life and the ones in it <3

Tuesday, April 15, 2014 | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

dulu,bila disebut lelaki,wanitanya mendongak megah,lelaki kami Asadullah,Saifullah.tokoh ramai tak terkira.
kini,bila disebut lelaki,wanitanya menunduk lemah,tokoh kami sedikit sekali,ramainya,boneka Yahudi.
dulu,bila disebut lelaki,wanitanya tenang di hatilelaki kami menjaga,melindungi,
kini,bila disebut lelaki,wanitanya mahu cabut lari,lelaki khianat,perogol bersiri.
dulu,bila seorang wanita teraniaya,sepasukan kuda putih membela,Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,ribuan wanita suci dipenjara,Fatimah diperkosa minta dibela,lelaki tunduk tak bertenaga.
dulu,bila wanita di bawah jagaannya,lelaki memagari sehabis daya,tiada siapa berani menggoda,
kini,bila wanita di bawah jagaannya,lelaki tak kisah auratnya terbuka,wanitanya dibiar bebas,binasa.
dulu,lelaki menggadai harta dan nyawa,untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,lelaki menggadai ketinggian agama,demi nafsu, dunia seisinya
dulu,lelaki bermatian mencipta sejarah,kental berjihad tekun berdakwah,
kini,lelaki hanya menyanjungi sejarah,diri bermalasan,tenaga tak dikerah.
dulu,lelaki memperjuangkan deen dan ummah,Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,hingga sanggup membunuh.
dulu,lelaki bersatu menghadapi musuh,angkatannya kuat dan teguh,
kini,lelakinya berpuak dan berpecah,sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,pada kelakianmu,kami rindukan lelaki dulu,Acuan madrasah Rasul~
(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)

Mahkota Wanita
Wednesday, April 9, 2014 | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

kata setengah pihak rambut itu mahkota wanita. 
Sayangnya ia terpaksa ditutup apabila wanita menutup aurat.
Bukankah ini seolah olah menutup kecantikan wanita? 
Ya, memang rambut itu mahkota wanita. Sebab mahkota lah kita tidak boleh mempamerkannya sesuka hati. Hanya ratu saja yang memakai mahkota. 
Pakaiannya pula dalam majlis tertentu dan untuk orang tertentu. 
Tidak pula dipakai mahkotanya untuk ke pasar dan tempat awam. Takut ada yang merompak atau mencuri nya. Begitulah rambut kpd wanita.
Jika ia dianggap mahkota,maka ia perlu disimpan dgn baik dan ditutup dengan kain yg secukupnya.Dan wanita solehah adalah ratu yg hnya mempamerkannya kepada orang yang berhak yakni suami. 
Namun kecantikan wanita tidak akan terlindung hanya dengan dia memakai tudung kerana ada byk kecantikan lg yg boleh dipamerkan.contohnya kecantikan tutur kata,tingkah laku dan budi pekerti yg boleh diserlahkan. 
Bagaimana masih boleh kelihatan cantik walaupun telah menutup aurat? 
jawabnya jagalah hal hal lain yg boleh dipamerkan. 
misalnya pakaian kita biarlah bersih dan pandangan kita lembut.bahagian muka dan tangan haruslah dijaga dengan sebaik baiknya. 
memang wanita muslim dilarang memakai haruman yg kuat tetapi jangan lah sampai berbau yang tidak menyenangkan. kebersihan itu jugak satu ekcntikan yg msti dipertahankan. 
dunia moden ini seolah olaj menyatakan bahawa mereka yg cntik wajah sja layak memilik kebahagiaan. 
tetpi hakikatnya bahagia bukan milik org yg cntik,tetapi milik org yg baik. 
mereka yg cntik pekerti. jika kecantikan itu syarat bahagia maka tidak adillah Allah. 
Maha Suci Allah, Dia telah meletakkan kebahagiaan itu pada pekerti manusia yg boleh diusahakan oleh sesiapa saja. sama ada si miskin atau si kaya, si cantik atau si hodoh serta ternama atau yg tidak. 
jadilah org yg lebih cantik daripada yang cantik .iaitu org yg baik (; 
Berubah lah dari baik kepada yang lebih baik. 
sesungguh nya Allah sedang menunggu kita untuk berubah ke arah kebaikan. 
Aku jugak dulu jahil .mendedahkan mahkotaku kepada muslimat lain. tapi kerana memikirkan kasih sayang yg diberikan oleh ayah dan abg aku.
sanggupkah aku sebagai anak dan adik  untuk mengheret mereka ke neraka.
 nauzubillah. sesungguhnya itu bukanlah niat aku. berubah kerana Allah. 
pertama kalinya mmg aku berubah kerana memikirkan nasib ayah dan abg aku di akhirat.kemudiannya bila dah berubah alihkan niat itu kepada Allah. 
insyaAllah .thanks for spend time on this (; ada salah dan silap tolong lah sesungguhnya aku mohon dan merayu untuk tegur aku. takut jgk smpaikan benda yg salah. 
sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan jahil lg lemah datang nya dari hamba Allah; Intan Baiduri (; Assalammualaikum 

KALAU CINTA APA BUKTINYA?
Tuesday, April 8, 2014 | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim~ 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Bila kita cintakan seseorang, of course hati kita akan tertumpu pada dia. 
Semua benda kita akan sacrifice untuk dia. Tak kisah sebab hati dah sanggup.
 Kadang-kadang kita berkorban untuk yang dicintai. 
Perkara yang kita tak pernah buat atau tidak kita suka, tiba-tiba kita jadi sanggup, tiba-tiba kita jadi senang. Sebab? sebab kita cinta. 
Ada cinta di hati yang singgah dan kita tidak kisah untuk melakukan sesuatu. 
Malah ada yang meminta bukti tanda cinta. Sayang, kita selalu tersalah mentafsir.

^^ cepat-cepat menyahut panggilan-Nya ^^
Kalau hati dah cinta, dah sayang, cepat-cepat kita angkat call right? 
nampak ja nama orang tu terus senyum wajah berseri-seri.
 Sepantas kilat kita menjawab takut orang di sana marah then merajuk pulak. 
So how about your attitude dengan DIA? 
Cepat-cepat jugak kah nak pergi solat bila dah dengar azan?
 Bersungguh-sungguh kah kita menunaikan solat fardhu dengan hati yang berbunga-bunga dan wajah berseri-seri ketika Allah dah panggil suruh solat? 
Atau masih berlegar-legar di shopping complex atau masih leka bermain di padang bola? 

^^ Memberikan perhatian and focus terhadap kata-kataNya ^^
Kalau kita benar-benar cinta kepada-Nya, kita amat suka mendengar setiap bait-bait ayat al-Quran. Bacaan ayat-ayat al-Quran menjadi pengganti kepada music.
 Kita lebih suka mendengar bicara Allah. Sehari tak dengar mak aih rasa camtakbest ja life.
 Macam kita dengan si dia, kita suka sangat dengar dia cakap sweet sweet dengan kita. 
I lap you I meh you. 
Bagi kita itulah ucapan paling indah dan auwww so sweet. 
Tapi bicara Allah lagi sweet. Kita akan berusaha untuk tinggalkan larangan-Nya dan melakukan perintah-Nya even kita rasa benda yang Allah larang tu cambest dan apa yang Allah suruh buat tu camtakbest. Yup, mujahadah memang takbest tapi di akhirnya kita akan rasa best sangat. 

^^ Sentiasa suka memandang ciptaan Allah ^^
Kita suka sangat tengok panorama indah. Waterfall yang cantik, lihat awan yang membiru. Seriously, everything yang Allah create dekat alam ni semuanya wonderful. 
Maka, sangat kasihanlah if kita hanya melihat tanpa memikirkan kebesaran Allah. 
Dunia ni indah, sebab tu ramai manusia terleka dengan keindahannya. 
Dunia diciptakan untuk kita. Yes but for what? 
Sebab untuk beribadah kepada Dia. Aku menciptakan jin dan manusia, tiada lain hanyalah untuk beribadah kepada-Ku. (Adz-Dzariat: 56)
Adakah beribadah hanya sekadar solat, puasa, bayar zakat, pergi haji? Tak. 
Actually, semua benda yang kita buat kat atas dunia ni adalah ibadah. Seriously? Yup. 
Yang penting, sebelum buat sesuatu kita sebut bismillahirrahmanirrahim and niat paling penting ikhlas kerana Allah. Main bola pun ibadah, online, baca buku, memasak semualah. 
Kita kena bijaklah manfaatkan sesuatu tu macam mana facebook and blog.
*nak kata aku pefect tu takda lah sbb kdg2 aku pun terleka jgk dgn duniawi ni.emm
Tapi jangan pulak nak buat jahat tu sebut nama Allah. -___- takboleh takboleh .
Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri untuk berubah ke arah yang lebih baik. Moga2 Allah menerima segala apa yang kita buat di dunia ini. InsyaAllah. Thanks for spend your times on this ^^ 




I WISH MY LIFE ....
Monday, April 7, 2014 | 0 comments

'Seronoknya kalau dapat jadi dia'
'Bestnya kalau aku macam tu'
'I wish my life would be like her'
dan bla bla bla.

Tanpa sedar actually kita tak menghargai kehidupan kita sekarang, kita tak suka dengan apa yang kita dah ada sekarang dan itu tandanya kita belum sepenuhnya bersyukur. 
I know, kadang-kadang, bila kita admire seseorang tu, kita rasa macam waa bestnya dia macam ni macam ni, aku tak ada pun :( *lepas tu sedih sensorang. 
Bestnya, dia cantik, dia kaya, dia pandai, dia itu dia ini. Appreciate your life, muslimat :)
Bila kita terima seadanya apa yang kita dapat, kita gembira dan kita bersyukur. 
Bila kita bersyukur, Allah dah pesan, Dia akan tambah dan tambah lagi. 
Best kan? Tapi ramai yang memilih untuk jealous dengan kehidupan orang lain dan kacau kehidupan orang tu. Just ingat satu, bila ketenangan diganggu oleh manusia, itu tandanya Allah tengah pesan, cari ketenangan hanya pada Dia. 
Dan kepada pengganggu pengganggu ketenangan, kalau masih punya iman, mesti faham kan, Allah tengok dan Allah nilai. 
Rasa macam tak seronok sesama muslimat nak ada perasaan jealous, dengki, suuzzhon (baca buruk sangka). As for me, bukan senang jadi orang yang ramai kenal. 
Sebab? Memang lah, dari pandangan kita seronok atas sebab sebab yang kita nilai sendiri, dan pada pandangan sendiri, satu benda yang kita kena bayar ialah semua orang nak ambil tahu pasal life kita once you're a famous person.
Aku, tak suka update benda personal, melainkan ianya ada ibrah dia sendiri. 
Sebab aku pun tak berapa nak suka ambil tahu pasal life orang lain selagi life sendiri pun tak terjaga betul-betul. Aku rasa terpanggil untuk menegur ini, sifat dengki dalam diri boleh membusukkan hati, seriously. 
Jangan hanya pakaian yang kita sahaja baik, pakaian solehah,
 tapi hati, perangai dan diri masih belum solehah.*pesanan bt diri sendiri*  
Sedihnya. Dan satu lagi, jangannnn sangat kita rasa kita ni lebih dari orang lain.
 Dah berjubah bertudung labuh lengkap stokin handsock semua, kita rasa kita lah yang paling solehah. 
Dah join usrah sana sini, kita rasa ilmu kita lebih dari orang lain. 
Please please
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi) *Baihaqi bkn nama tempat futsal tu nahh 
Boleh jadi, orang yang kita ingat tak join usrah tu, or pakai tudung bidang 45 tu lebih baik dari kita yang hari-hari pergi majlis ilmu. Kita tak tahu macam mana dia struggle nak cari ilmu, 
betapa dia ikhlas menuntut ilmu bila dia dah dapat join majlis ilmu yang sekali-sekala je dapat join, 
compare dengan yang hari-hari dapat pengisian, keikhlasan teruji kan. 
Siapa pun kita, please reflect diri. Apa yang kita ada syukuri, apa yang kita tak ada tu jangan ditangisi. Semua orang ada baik buruk, kelemahan dan kelebihan masing-masing kan. 
So hargai kehidupan masing-masing. Nak bagi tips sikit macam mana kita nak kekal husnuzhon (baca baik sangka) dengan ketetapan Allah. 
Rahsianya ialah THINK POSITIVE. *bio dkt twitter idlan* woaaa ;p
Apa apa yg Allah bagi positif ja. Dapat ujian, redha, alhamdulillah, Allah nak tingkatkan lagi taqwa dan sabar, dapat nikmat, syukur alhamdulillah Allah bagi apa yang kita nak, and tak dijangka. 
Allah berada pada sangkaan kita, baik yg kita fikir, maka outputnya baik jugak. InsyaAllah. Kepada mereka yang terus support aku, Alhamdulillah semoga Allah memberkati kehidupan hampa semua 
dan aku doakan agar hampa semua dipermudahkan urusan untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan. 
Aku sayang semua muslimat. Sakitnya muslimat lain adalah sebahagian dari sakitnya aku. :) 
Itu adalah perasaan yang aku alami, even kita tak pernah kenal, feeling ukhuwah fillah tu tetap kuat dalam hati.
 Semoga kita semua dipertemukan di Jannah-Nya. InsyaAllah :)
Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kita semua. :) 
Waallahu'alam. *thanks for spend your time on this :D